Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Potong jari tanda ‘syukur’

9:02am 11/01/2016 Pak Roshan 11 views Global
GAMBAR fail, Rahul dan ibunya, Sonia.

GAMBAR fail, Rahul dan ibunya, Sonia.

New Delhi: Seorang ahli perniagaan memotong satu jarinya sebagai cara mengucapkan terima kasih kepada Tuhannya selepas pemimpin pembangkang India, Sonia dan Rahul Gandhi diberi ikat jamin dalam satu kes mahkamah.

Akhbar Times of India melaporkan, Induvalu Suresh, 35, memotong jarinya bulan lalu sebelum membungkus jari berkenaan dengan wang kertas rupee dan memasukkannya ke dalam peti derma di sebuah kuil Hindu di selatan negara itu.

Ahli perniagaan granit itu yang berasal dari Ramanagara, berhampiran Bangalore berkata, dia bernazar untuk bertindak demikian jika Sonia dan anaknya dibenar ikat jamin.

“Saya membungkus jari saya dengan not 1,000 rupee dan sepucuk surat mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana membenarkan Sonia dan Rahul diikat jamin.

“Saya tidak merasa sakit apabila memotong jari saya. Saya kemudian ke hospital bersebelahan kuil dan memberitahu doktor, jari saya putus ketika membaiki pendingin udara kereta,” kata Suresh kepada akhbar itu.

Sonia dan Rahul, pemimpin Parti Kongres yang kalah teruk pada pilihan raya 2014, dipanggil ke mahkamah bulan lalu atas tuduhan salah guna dana akhbar milik keluarga mereka.
– Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan