Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Potong, Goreng Dan Makan Kemaluan Lelaki Perogol Isterinya

4:17pm 17/11/2015 Pak Roshan 6141 views Global
Rudi Effendi yang memotong, menggoreng dan memakan kemaluan perogol isterinya, ditahan.

Rudi Effendi yang memotong, menggoreng dan memakan kemaluan perogol isterinya, ditahan.

AKIBAT terlalu geram, seorang lelaki yang berusia 25 tahun di Indonesia dikatakan telah memotong, mengoreng dan memakan kemaluan perogol isterinya di dalam kejadian yang barlaku di wilayah Lampung, Sumatra baru-baru ini.

Kisah ini bermula apabila Rudi Efendi,25 yang menikah dengan Nuriah,20 sebulan sebelum kejadian ini dapati pada malam pertama isterinya sudah tidak perawan.

Apabila ditanya kepada isternya, Nuriah memberitahu yang mana dirinya telah diperkosa oleh seorang lelaki yang merupakan pemandu kereta sewa, yang juga kebetulan bernama Rudi, 30, semingu sebelum mereka menikah.

Lalu, Rudi meminta isterinya itu mengaturkan satu pertemuan dengan pemandu lelaki tersebut sebelum membunuh mangsa di dalam kereta sewa mangsa jenis Daihatsu Xenia.

Rudi Efendi dikatakan pada mulanya berpura-pura menumpang kereta sewa lelaki berkenaan, kemudian saat di dalam kereta, Rudi membunuhnya dengan menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Lampung Brigadir Jenderal, Edward Syah Pernong memberitahu siasatan mendapati pasangan suami isteri tersebut membunuh Rudi dan juga membakar kereta lelaki itu.

potong-kemaluan

Rudi Efendi juga mengaku dia telah memakan kemaluan lelaki tersebut dengan memotong alat sulit mangsa ketika ditempat kejadian sebelum dibawa pulang ke rumah untuk dimasak.

Sampai di rumah,kata Rudi, dia menggoreng kemaluan lelaki itu.

“Alat vital itu lalu saya makan,” ujarnya.

Dia memberi alasan bahawa memakan alat kemaluan mangsa itu sebagai penawaran lukanya. “Saya makan sebagai obat sakit hati saya padanya,” kata Rudi Efendi seperti yang dilaporkan Kompas.

Rudi Efendi berkata isterinya ,Nuriah tidak terlibat dalam pembunuhan itu.

Menurutnya Nuriah hanya diminta menghubungi lelaki itu untuk janji bertemu. “Saya melakukannya sendiri saja. Istri tidak terlibat,” katanya.-MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan