Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Potong gaji kakitangan awam main Pokemon Go

11:12am 25/07/2016 Pak Roshan 52 views Global
SEKUMPULAN pemain berehat selepas memburu Pokemon di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta. - Jakarta Post

SEKUMPULAN pemain berehat selepas memburu Pokemon di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta. – Jakarta Post

Jakarta: Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama memberi amaran memotong gaji kakitangan awam yang bermain permainan di telefon bimbit termasuk Pokemon Go ketika bertugas.

Basuki atau lebih dikenali sebagai Ahok berkata, bermain permainan di telefon bimbit boleh menyebabkan penjawat awam lalai dengan tanggungjawab mereka.

“Sekiranya kami menangkap penjawat awam yang bermain permainan di telefon bimbit ketika bertugas kami akan potong gaji mereka.

“Mudah untuk mengesan mereka yang bermain Pokemon Go kerana mereka perlu sentiasa berlegar-legar,” katanya.

Menurutnya, dia memantau setiap penjawat awam melalui Penunjuk Prestasi Utama (KPI) mereka.

“Sekiranya KPI penjawat awam itu rendah, pihak pentadbiran akan memberi lebih banyak tugasan untuk meningkatkan prestasi mereka,” jelasnya.

Menteri Perubahan Birokratik dan Pentadbiran Indonesia, Yuddy Chrisnandi mengeluarkan arahan mengharamkan semua penjawat awam bermain Pokemon Go di kawasan bangunan kerajaan.

Polis dan Tentera Negara Indonesia juga melarang anggota mereka serta orang awam bermain permainan itu di kawasan larangan.

Pihak berkuasa sebelum ini bimbang permainan itu boleh digunakan pihak tertentu untuk tujuan mengintip. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan