Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,799

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Potensi Golongan Muda Di Sabah Perlu Digilap

1:26pm 09/01/2016 Pak Roshan 35 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

HARI-BELIA1-600x304

SANDAKAN – Potensi golongan muda di Sabah perlu digilap melalui peningkatan ilmu dan kemahiran, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Justeru, katanya pendekatan ini memerlukan usaha agar budaya ilmu disuburkan dengan lebih menyeluruh dalam masyarakat dan tidak hanya terbatas kepada program akademik yang formal.

Katanya, matlamatnya adalah untuk mengupayakan masyarakat hari ini bagi meningkatkan budaya ilmu, sekali gus membangunkan taraf hidup rakyat demi kesejahteraan umat dan negara.

“Dalam hubungan ini, kerajaan sentiasa menitikberatkan aspek pembangunan dan perpaduan sebagai agenda utama.

“Hasilnya, kita bukan sahaja mengecapi suasana yang aman dan harmoni, malah kita juga menikmati kemajuan dan kemakmuran hidup,” katanya ketika merasmikan Majlis Perarakan Umum sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Sandakan di sini, hari ini.

Sebanyak 62 kontinjen terdiri agensi kerajaan, persatuan, taman perumahan, sekolah dan masjid sekitar daerah ini menyertai perarakan berkenaan.

Ketua Bahagian Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Sandakan Datuk Alipudin Ampong Puyun dan Hakim Mahkamah Syariah Sabah Taherah Tahir masing-masing dianugerahkan Tokoh Maulidur Rasul lelaki dan wanita.

Musa berkata tema sambutan Maulidur Rasul iaitu ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’ amat berhubung kait dengan masa depan generasi muda.

Katanya ini kerana harapan terletak kepada generasi muda yang akan memacu kejayaan lebih gemilang pada masa hadapan.

Sementara itu, di TAWAU Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata sambutan Maulidur Rasul setiap tahun wajar dijadikan titik
menyuburkan keinginan serta semangat mencontohi Rasulullah S.A.W dalam pelbagai perkara ke arah menjadi umat bertakwa dan cemerlang khususnya, golongan muda.

Katanya, pemerkasaan golongan muda penting susulan golongan itu merupakan generasi masa depan yang bakal memacu negeri ke arah kejayaan yang lebih besar.

“Matlamatnya adalah untuk mengupayakan generasi muda hari ini menjadikan pemikiran inovatif sebagai budaya bagi meningkatkan daya saing sekali gus membangunkan taraf hidup demi kesejahteraan umat dan negara bangsa,” katanya.

Tawfiq yang juga wakil rakyat Apas berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah di sini yang disertai 70 kontinjen membabitkan kira-kira 7,000 orang berarak dari perkarangan Majlis Pèrbandaran Tawau.

Katanya, kebangkitan semula umat Islam perlu dilakukan dalam konteks menyuburkan minda yang sejahtera, memperkasa jiwa keimanan dan menyusun langkah atur sewajarnya berpandukan sejarah perjuangan Rasulullah S.A.W. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan