Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Potensi anak-anak dalam sukan harus dipupuk

12:25pm 15/11/2015 Ann Vivien 30 views Pendidikan,Tempatan
Tawfiq memotong ribin tanda rasmi acara

Tawfiq memotong ribin tanda rasmi acara

TAWAU: Potensi anak-anak dalam bidang sukan harus dipupuk tanpa mengabaikan potensi mereka dalam bidang akademik.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, minat dan bakat dalam bidang sukan yang dipilih oleh anak-anak harus terus diberikan sokongan bagi memastikan mereka mampu menjadi insan yang cergas dan cerdas mindanya.

Justeru, Tawfiq yang juga Wakil Rakyat Apas menyeru agar ibu bapa memberikan sokongan padu kepada anak-anak mereka yang berbakat dan berpotensi terutamanya dalam bidang sukan seperti olahraga.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan ibu bapa dan anak-anak, agar dalam kesibukan dalam bidang sukan, jangan pula mereka sesekali melupakan bidang akademik yang merupakan tunjang kejayaan mereka.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-31 2015 di Padang SK Kuala Apas di sini.

Turut hadir, Guru Besar SK Kuala Apas, Masna Lama, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kawasan Apas, Sarman Amat Simito, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Sukan Sabah, Taha Malisi.

Pada masa yang sama, beliau juga menasihatkan agar masyarakat di kawasan berkenaan sentiasa mengutamakan kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

“ Dengan menjaga kesihatan melalui senaman berkala, kita akan dapat mengelakkan daripada sebarang penyakit seperti obesiti, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai akan berusaha meningkatkan tahap kesihatan diri melalui pelbagai aktiviti yang boleh dianjurkan.

Dalam lawatan tersebut, Ketua UMNO Bahagian Tawau ini juga menghulurkan bantuan untuk memperbaiki kemudahan di sekolah berkenaan termasuklah 200 buah kerusi plastik yang telah diserahkan kepada pihak sekolah.-Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan