Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pos Kawalan Jabatan Perhutanan Sabah Di Hutan Simpan Sepagaya Ditembak

lembahdanum

LAHAD DATU:  Dua individu yang dipercayai pemburu haram bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah Pos Kawalan Stesen Pemeriksaan Jabatan Perhutanan Sabah di Hutan Simpan Sepagaya Jalan Silam-Lembah Danum, Rabu lepas.

Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah Datuk Sam Mannan berkata tembakan yang dilepas secara rambang kira-kira pukul 7.30 malam itu bagaimanapun tidak mengenai warga kerja di pos kawalan terbabit.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, dua individu terbabit datang menaiki sebuah motosikal sebelum melepaskan tembakan selama beberapa minit yang mengenai sebuah kenderaan milik jabatan dan juga bangunan kuarters kakitangan, katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurut Sam susulan kejadian itu pihaknya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.

Ini adalah kali kedua premis Jabatan Perhutanan Sabah di daerah ini diserang oleh pihak tidak bertanggungjawab dan kali pertama ialah pada April 2009 apabila sekumpulan 20 individu menyerang pegawai perhutanan serta merosakkan harta benda di Kompleks/Pejabat Ulu Segama Malua, katanya.

Sehubungan itu beliau meminta pihak berkuasa memandang serius isu serangan tersebut yang bukan sahaja mengancam keselamatan warga kerja Jabatan Perhutanan Sabah tetapi juga mencemarkan imej negeri khususnya dari segi pelancongan

Komen


Berita Berkaitan