Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Portugal mara ke final Euro

PEMAIN Portugal, Nani meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Wales pada aksi separuh akhir Euro 2016 di Stadium Parc Olympique Lyonnais, awal pagi tadi. - Foto EPA
PEMAIN Portugal, Nani meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Wales pada aksi separuh akhir Euro 2016 di Stadium Parc Olympique Lyonnais, awal pagi tadi. – Foto EPA

LYON: Cristiano Ronaldo dan Nani masing-masing meledak satu gol untuk membawa Portugal ke final Euro 2016 selepas menewaskan Wales 2-0 di Stade de Lyon sebentar tadi.

Permainan di babak pertama tampak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melakukan percubaan namun gagal menemui sasaran.

Bale bagaimanapun lebih menyerlah berbanding rakan sepasukannya di Real Madrid, Cristiano Ronaldo apabila melakukan dua percubaan tepat ke arah gawang Portugal.

Wales turut mempunyai peluang untuk membuka jaringan menerusi Andy King namun tandukannya melambung tinggi.

Ronaldo diumpan hantaran-hantaran cantik di awal permainan oleh Cedric dan Joao Mario, namun dia dikawal ketat oleh pertahanan Wales dan sukar mendapatkan bola termasuk halangan yang sepatutnya diberikan penalti.

Bersambung babak kedua, hanya dua percubaan tepat diperlukan Portugal untuk mendahului permainan menerusi Ronaldo pada minit ke-50 dan Nani tiga minit kemudian.

Ronaldo melompat tinggi untuk membuka jaringan dan kemudian melakukan lorongan kepada Nani untuk gol kedua Portugal. – Agensi/BH Online

Komen


Berita Berkaitan