Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Porter perlu bantuan

Hajimin (duduk) dengan kawan-kawan Daved Simpat dan Yalek Martin, Porter sedang bertugas dan Tengku Adlin berucap di acara homestay Papar
Hajimin (duduk) dengan kawan-kawan Daved Simpat dan Yalek Martin, Porter sedang bertugas dan Tengku Adlin berucap di acara homestay Papar

KOTA KINABALU: Mereka yang terjejas mata pencarian dengan penutupan Gunung Kinabalu perlu diberi bantuan.

Ini termasuk Porter, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman Sabah Dato ‘Seri Tengku DZ Adlin, berkata hari ini.

Beliau berkata tidak ada perbezaan diantara porter dan Malim Gunung kerana kedua-dua kumpulan ini  bergantung kepada aktiviti-aktiviti di sekitar Gunung untuk mencari rezeki.

“Kami juga mengambil kira  porter dalam mana-mana aktiviti yang menjana pendapatan sekitar taman ,” katanya ketika ditanya mengenai porter yang seolah-olah telah ketinggalan dalam menerima bantuan daripada yang bermurah hati dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Sementara itu, Pengerusi  Persatuan Porter Gunung Kinabalu ,Hajimin Wasili, 40, berkata bahawa kejadian gempa bumi June 5, berukuran 5.9 pada skala Richter yang telah melanda Ranau pada pukul 7.15 pagi, menyebabkan banyak kerosakan.

Gempa telah menyebabkan runtuhan batu di Gunung Kinabalu, memusnahkan trek dimana 18 orang terbunuh, termasuk kanak-kanak.

Bercakap kepada Sayangsabah, Hajimin berkata gunung itu  pun ditutup untuk  pembaikan dan untuk membuat jalan lain ke puncak.

“Oleh kerana gegaran berkala sejak kejadian Jun 5, keadaan gunung dianggap berbahaya dan aktiviti bagi porter dihadkan ke tahap minima.”

Beliau berkata berikutan keadaan ini, pendapatan 90 porter yang tersenarai dalam persatuan telah terjejas teruk akibat penutupan gunung kepada pelancong dan pendaki .

Menurut beliau,pada masa ini ahli-ahli persatuan itu tanpa pekerjaan dan terpaksa bermula menanam sayur-sayuran atau cuba untuk mencari pekerjaan lain sementara gunung ditutup pada pendaki dan pelancung.

“Sebahagian besar daripada kami tidak mempunyai pekerjaan lain sebab kami memang berkerja disini dari awal lagi,” kata Hajimin yang telah bekerja sebagai  porter selama 20 tahun.

“Kami mempunyai keluarga untuk disara, dan anak-anak yang masih  bersekolah. Keadaan kami semakin sukar, jadi kami harap kami akan mendapat bantuan yang sama dengan rakan-rakan Malim Gunung ,”kata beliau sambil menambah porter juga terlibat dalam kerja-kerja menyelamat semasa gempa bumi baru-baru ini.

Beliau berkata  keadaan dimana Gunung ditutup telah memberi kesan hebat kepada kehidupan mereka dan beliau berharap pihak yang berkuasa dan yang prihatin dengan keadaan mereka,  akan menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk termasuk bantuan kewangan dan makanan.

Mengenai persatuan itu, beliau berkata persatuan  Porter ‘telah ditubuhkan dengan beberapa objektif termasuk menjaga kebajikan porter dan untuk memastikan bahawa mereka akan mempunyai ruang untuk menyelesaikan apa-apa masalah pada masa akan datang.

Porter diberi pengiktirafan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun pada 19 November 2011 ‘sebagai menghargai perkhidmatan mereka sebagai duta khusus (dihargai) Gunung Malaysia dan Tapak Warisan pertama … “-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan