Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Porter memerlukan bantuan

 

Porter dengan barang-barang dan Porter sedang berehat
Daved (dua kiri) dengan barang-barang dan Porter sedang berehat

TARIKH 5 Jun 2015 tidak akan luput dari ingatan sesiapa di Sabah terutama sekali pada mereka yang mengalami  gempa bumi yang menggegarkan bahagian utara negeri ini dan mengakibatkan runtuhan batu-batu besar dari Gunung Kinabalu. Banjiran batu yang pecah dari permukaan gunung itu bergolek kebawah atas rupa bumi yang berceranggah itu.

Tarikh ini mengingatkan orang dengan tragedi di mana 18 orang yang sedang mendaki gunung pada ketika itu terkorban , termasuk Malim Gunung, pelancung mereka dan  kanak-kanak.

Kemudian berlaku pula banjir lumpur dengan air yang deras yang  mengakibatkan beberapa buah kampong  dan kawasan sekitarnya  putus belakan air bersih selama beberapa hari.

Dalam proses itu, ada rumah jatuh ke dalam sungai dan tebing sungai berubah bentuk kerana banjir tersebut.

Gunung Kinabalu juga mengalami gegaran-gegaran kecil dan diistiharkan tidak selamat untuk di kunjungi pada masa ini. Gegaran  berkala telah berlaku sejak kejadian Jun 5 itu dan tempat itu masih terlalu berisiko untuk dibuka semula untuk pelawat.

Kerana penutupan itu, Malim Gunung dan porter kehilangan sumber pendapatan. Setelah bekerja di sana sepanjang hidup mereka, mereka terpaksa menghadapi realiti  bahawa mereka akan menghadapi masaalah kewangan sehingga ia dibuka semula kepada pengunjung.

Rakyat Malaysia telah menghulurkan bantuan dimana ramai yang datang untuk memberi termasuk lah keluarga DiRaja dari Negari lain.

Sumbangan ikhlas  ini telah  meringankan beban mereka yang bergantung kepada gunung untuk mencari rezeki . Sumbangan-sumbangan tersebut memang telah membantu mereka.

Walaubagaimanapun, Persatuan Porter Gunung Kinabalu, tidak mendapat sebarang bantuan selain seorang dari mereka yang mendapat imbuhan permulaan bersama-sama dengan Malim Gunung.

Seramai 90 ahli-ahli persatuan bimbang tentang bagaimana mereka boleh menyara hidup mereka dan keluarga mereka, sebab ada yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah. Ada yang masih terikat dengan ansuran kereta.

Mereka berharap pihak berkuasa akan mengingati  mereka kerana mereka juga terjejas akibat gempa bumi itu dan mereka juga telah menyertai menyelamat semasa kejadian itu.

Daved Simpat, 33, porter dari Kg Kiau Nulu, Kota Belud berkata dia semakin bimbang kerana dia mempunyai anak dan isteri untuk disara.

“Saya telah berkerja sebagai porter selama tujuh tahun sekarang. Kerja saya ialah untuk mengangkat barang-barang keperluan  restoran di Laban Rata, dan kadang-kadang barangan milik pelancong . Saya  mendaki sekurang-kurang empat kali seminggu. ”

“Pendapatan saya cukup untuk kami sekeluarga, iaitu saya, isteri saya dan bayi kami. Tetapi oleh kerana gempa bumi itu, kehidupan kami semakin sukar. Saya pergi menoreh getah tetapi harga komoditi ini tidak terlalu menggalakkan . ”

Mengimbas kembali 5 Jun, beliau berkata pada ketika itu beliau telah bersiap sedia untuk naik ke restoran Laban Rata Sutera Sanctuary.

“Kami telah beratur untuk membawa barang-barang untuk diangkut sehingga ke restoran. Ada beberapa porter bersama dengan saya ketika itu dan kami berbual-bual .”

“Tiba-tiba gegaran yang kuat berlaku dan kami pun mendegar bunyi seperti  guruh.  Kami terasa takut dan cemas. Agak bahaya untuk kamu untuk meneruskan kerja kami pada ketika itu. Kami pun bergegas pulang sebab khuatir akan keselamatan keluarga kami.”

“Keluarga saya adalah paling utama dalam fikiran saya pada ketika itu, jadi  saya pun pulang ke rumah.”

“Saya bagaimanapun menyertai menyelamat pada hari berikutnya. Terdapat tujuh daripada kami porter pada masa itu, iaitu diri saya sendiri, Karim Soriew, Wilson Singgin, Zulkifli Abd Latiff, Daimis Dapun, Walter Herman dan Landobe Lasompa. ”

porter 1

“Kami menjalankan menyelamat sehingga KM 6.5. Ia adalah satu pengalaman yang menyedihkan serta ngeri  pada saya sebab tidak pernah melihat mangsa dalam keadaan memilukan. Kami amat sedih tetapi kami kuatkan semangat kami dan membawa mereka kembali ke bawah. Kami terfikir tentang  keluarga dan rakan-rakan mereka yang masih mengharapkan yang terbaik pada masa itu. ”

Yalix Martin, 35, dari Kg Pinousuk Kundasang berkata beliau dengan Daved beratur untuk mengambil barang-barang yang diperuntukkan mereka ke restoran di Laban Rata pada 5 Jun.

Beliau mengalami gempa bumi dan gemuruh seperti guruh yang berpanjangan itu dengan perasaan takut dan cemas.  Beliau juga bergegas pulang kerana takut dan bimbang tentang keselmatan ibu bapanya.

“Saya pulang ke rumah untuk melihat jika semua orang baik-baik saja. Saya anak keempat dalam keluarga sembilan adik- beradik, tetapi saya seorang sahaja yang belum berkahwin dan tinggal bersama dengan ibu bapa saya , “katanya.

“Saya menyara  orang tua saya dan dengan penutupan gunung itu, saya sukar untuk memenuhi keperluan kami sekeluarga. Menanam sayur-sayuran adalah pilihan utama saya tetapi hasilnya agak lambat sedikit , “katanya.

Porter Hajimin Wasili, 40, dari Bundu Tuhan telah membawa barang-barang untuk restaurant di Laban Rata serta untuk pelancong dan tetamu sejak 20 tahun lepas.

“Pada hari gempa bumi yang saya telah bersiap sedia untuk pergi kerja.  Ia sudah berlalu dua bulan lepas  dan saya semakin bimbang, “kongsi beliau.

Porter ialah kerjaya beliau sejak awal lagi dan amat sukar bagi nya untuk bermula kembali untuk mencari rezeki dengan cara lain. Hajimin yang juga pengerusi Gunung Kinabalu Persatuan Porter Sabah yang baru ditubuhkan berkata ia adalah masa yang sukar untuk mereka dan berharap mereka akan diberi bantuan oleh dermawan-dermawan serta Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO).

Daved menegaskan bahawa mereka meminta bantuan bukan kerana mereka juga terlibat dalam mencari dan menyelamat dalam tragedi baru-baru ini.

Mereka memerlukan bantuan kerana mereka tiada cara lain; kehidupan mereka telah terjejas oleh penutupan gunung untuk pelancong dan pendaki-pendaki.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan