Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Portal global salur perkembangan isu keselamatan di Sabah

Kamarlin Ombi (dua dari kanan)  menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang kakitangan Japen di majlis itu. - foto Aryan De Vera
Kamarlin Ombi (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang kakitangan Japen di majlis itu. – foto Aryan De Vera

WESTON – Kerajaan negeri menerusi Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar telah mewujudkan portal global bertujuan memaklumkan perkembangan isu keselamatan di Sabah termasuk menjalin kerjasama dengan agen pelancongan luar negara.

Pembantu Menterinya, Datuk Kamarlin Ombi berkata, peranan itu turut dibantu Lembaga Pelancongan Sabah dengan mengadakan promosi berterusan menerusi media massa secara global bagi menarik pelancong berkunjung ke negeri ini.

“Inisiatif ini merupakan langkah berterusan kerajaan negeri dalam memperkasakan industri pelancongan di Sabah yang terjejas akibat beberapa insiden yang berlaku sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penghargaan Anggota Jabatan Penerangan Negeri (Japen) Sabah Bersama Komuniti dan Kelab 1Malaysia di sini hari ini.

Kamarlin berkata, kementeriannya telah melaksanakan pelbagai perancangan rapi termasuk mengadakan promosi tempat-tempat menarik di Sabah secara berterusan di beberapa negara Eropah dan Amerika Syarikat bagi menggalakkan lebih ramai pelancong ke negeri ini pada tahun ini.

Dalam pada itu, Kamarlin berkata, pihaknya mendapati kemasukan pelancong luar negara ke Sabah khususnya dari Korea, Jepun, China dan Eropah menunjukkan perkembangan positif, sekaligus membuktikan industri pelancongan di negeri ini semakin pulih.

Jelas beliau lagi, situasi ini turut menunjukkan bahawa keyakinan pelancong asing terhadap faktor keselamatan khususnya di Pantai Timur Sabah semakin kukuh hasil penambahbaikan dari aspek penguatkuasaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom). – oleh Aryan de Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan