Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Portal berita ketengahkan pendidikan, tradisi dan budaya

12:07am 12/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 11 views Tempatan
Pengarah Muzium Sintiong Gelet (tengah) bersama Vivienne (kanan) Yeo (kedua dari kanan) serta wartawan senior Leanna Betty (kiri) and Voo Tin Vun (kedua dari kiri)

Pengarah Muzium Sintiong Gelet (tengah) bersama Vivienne (kanan) Yeo (kedua dari kanan) serta wartawan senior Leanna Betty (kiri) and Voo Tin Vun (kedua dari kiri)

KOTA KINABALU- Muzium Negeri Sabah merupakan sumber maklumat yang
terbaik terutamanya dalam memelihara artifak yang mempunyai nilai penting kepada masyarakat setempat.

Selama bertahun lamanya, terdapat banyak barangan traditional dan
informasi tentang sesebuah budaya masyarakat telah dikumpul,dijaga dan diinterpretasikan oleh pegawai-pegawai dan pekerja muzium yang berdedikasi.

Disamping itu, muzium negeri juga mempamerkan senibina rumah mengikut identiti masyarakat pribumi Sabah pada masa dahulu.

Dalam usaha untuk mendidik serta menyampai kan maklumat berkenaan budaya dan tradisi masyarakat negeri ini kepada para pembaca, Portal Berita Sayang Sabah yang diwakili oleh Ketua Editor Anna Vivienne telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Muzium Sabah, Sintiong Gelet.

Dalam kunjungan tersebut, mereka telah berbincang mengenai kerjasama untuk mempromosikan Muzium tersebut kepada orang ramai terutamanya para belia bagi memastikan golongan tersebut mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai identiti budaya dan tradisi mereka
masing-masing.

“Kami juga ingin meningkatkan jumlah pembaca Portal Berita Sayang Sabah di negeri ini terutamanya di sekolah. Berita dalam talian ini
merupakan sesuatu benda yang baharu kepada kebanyakan masyarakat negeri ini. Oleh itu, saya merasakan bahawa usaha perlu ditingkatkan lagi dalam mempromosikan norma ini kepada rakyat Sabah,terutamanya belia”, kata beliau.

Turut hadir dalam acara tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Portal Berita Borneo Times, William Yeo dan dua wartawan senior.

Yeo menyatakan bahawa portal berita yang dikendali oleh beliau
mementingkan pendidikan terutamanya kepada pelajar pra-sekolah. Ini adalah untuk memastikan pelajar-pelajar tersebut mendapat pendedahan awal mengenai latar belakang budaya dan tradisi etnik yang ada di negeri ini.

Menurut Yeo lagi, portal beliau akan fokus dalam menyebarkan pelbagai jenis maklumat kepada komuniti setempat termasuklah pendidikan, sukan, pelancongan dan perniagaan. -Oleh Elezebeth Esther Onjining/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan