Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Populasi ikan jerung semakin berkurangan- Masidi

Masidi (tiga dari kanan) menerima cenderahati daripada Mustafa (kiri) dan disaksikan oleh Caroline (dua dari kanan)
Masidi (tiga dari kanan) menerima cenderahati daripada Mustafa (kiri) dan disaksikan oleh Caroline (dua dari kanan)

KOTA KINABALU- Pindaan kepada Akta Perikanan 1985 perlu dilakukan bagi mengharamkan penangkapan ikan jerung di perairan Sabah, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata Akta tersebut perlu dipinda bagi memastikan populasi ikan jerung di Sabah tidak terus terancam.

Katanya, hanya 20 peratus daripada populasi ikan jerung dikesan di perairan Sabah dan selebihnya telah pupus disebabkan aktiviti penangkapan ikan jerung yang berleluasa di negeri ini.

“Jika sebelum ini, aktiviti penangkapan ikan jerung dilihat bukan kesalahan dan saya sudah meminta pihak kementerian di persekutuan untuk membuat pindaan lebih tegas kepada Akta Perikanan seterusnya mengharamkan tangkapan serta mengambil sirip ikan itu di negeri ini.

“Saya merasakan bahawa hanya pihak berkaitan dapat memenuhi pemintaan dan membantu pihak kerajaan negeri dalam usaha menyelamatkan baki populasi ikan jerung yang masih ada sekarang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena melancarkan Hari Alam Sekitar Yayasan Sime Darby (YDS) di Universiti College Sabah Foundation (UCSF) disini, disini.

Selain itu, beliau memohon agar undang- undang tersebut itu dikuatkuasakan di negeri ini.

“Saya tidak meminta pindaan akta itu dibuat diseluruh negara namun saya mahu undang-undang itu hanya dikuatkuasakan di Sabah,”ujarnya.

Hadir sama, Ahli Majlis Pentadbir Yayasan Sime Darby Caroline Christine Russell dan Dekan Fakulti Sains Asli dan Kemampanan UCSF Profesor Dr Mustafa Abdul Rahman.

Komen


Berita Berkaitan