Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Populariti Presiden Aquino makin teruk

AQUINO
AQUINO

Manila: Rating kepuasan hati rakyat terhadap pemerintahan Presiden Filipina, Benigno Aquino menjunam ke tahap paling rendah sejak beliau berkuasa.

Tinjauan terbaru oleh Stesen Cuaca Sosial (SWS) Mac lalu mendapati tahap kepuasan terhadap Aquino menjunam kepada 47 peratus berbanding 63 peratus pada Disember tahun lalu.

Tahap ketidakpuasan hati terhadap beliau meningkat sebanyak 24 peratus kepada 36 peratus.

Rating kepuasan hati rakyat terhadap Aquino jatuh di seluruh kawasan geografik dan kelas sosioekonomi penduduk.

Walaupun tahap kepuasan hati rakyat menjunam ke tahap paling rendah tetapi separuh daripada responden masih mahu Aquino terus memerintah.

Menurut SWS, 50 peratus responden tidak bersetuju Aquino meletak jawatan manakala 32 peratus lagi bersetuju dan 18 peratus lagi tidak membuat keputusan.

Tinjauan terhadap seramai 1,200 respoden itu bermula pada 20 Mac hingga 23 Mac – hampir dua bulan selepas operasi berdarah di Mamasapano.

Dalam kejadian 25 Januari lalu itu, seramai 60 terbunuh termasuk 44 anggota polis komando dalam satu pertempuran dengan kumpulan pemberontak di Mamasapano.

Aquino dikritik hebat berhubung cara beliau mengendalikan operasi memburu pengganas berkenaan sehingga menyebabkan ramai anggota polis maut.

Beliau turut dikritik kerana tidak mengakui kesalahan membenarkan rakan rapatnya yang digantung tugas sebagai Ketua Polis Filipina, Alan Purisima menyertai operasi berkenaan. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan