Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pondan direman liwat kenalan

pondan diremann

KANGAR – Seorang pondan berusia 30 tahun ditahan reman selama seminggu mulai semalam bagi membantu siasatan atas dakwaan meliwat seorang lelaki awal pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad pondan tersebut dipercayai meliwat mangsa yang berumur 23 tahun di butik pengantin miliknya di Arau.

Katanya mangsa mendakwa dia telah diliwat suspek sebanyak dua kali di premis perniagaan suspek.

“Mangsa yang mengenali suspek melalui media sosial pergi berjumpa suspek di premisnya selepas pukul 12 malam, apabila sampai ke butik pondan tersebut, mangsa mendakwa telah diserang suspek selain dicederakan di bahagian kepala sebelum diliwat sebanyak dua kali.

“Mangsa yang mengalami kecederaan ringan di kepala kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau kira-kira pada pukul 4 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi.

Ku Yaacob berkata suspek juga mengugut akan mencederakan keluarganya selain akan menyebarkan rakaman kelakuan luar tabii itu termasuk memuat turun gambar mereka ke dalam laman sosial Facebook.

Jelasnya ugutan itu diterima mangsa melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) selepas beberapa jam kejadian.

“Suspek akan disoal siasat sementara menunggu laporan perubatan untuk tindakan pihak polis seterusnya,” kata beliau.

Ujar beliau kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana meliwat dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Komen


Berita Berkaitan