Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Politik bukan wadah untuk mengejar kuasa dan wang ringgit

4:39pm 20/08/2016 Leolerry Lajius 47 views Kota Kinabalu,Politik,Tempatan
Daliah menyampaikan cederahati kepada Masnatu Satong wakil Puteri Umno Sabah.

Daliah menyampaikan cederahati kepada Masnatu Satong wakil Puteri Umno Sabah.

KOTA KINABALU : Pengaruh persekitaran banyak merubah pola pemikiran rakyat khususnya golongan muda.

Ketua Puteri Umno Putatan Daliah Mohd Zain berkata Puteri Umno perlu di dedahkan dengan persekitaran semasa agar tidak mudah terpengaruh dengan isu yang hangat diperkatakan oleh sesetengah pihak.

“Sikap rakyat yang semakin kritis dalam membuat penilaian perlu diselami oleh Puteri UMNO seterusnya menyusun gerak ke arah memenangi kembali hati rakyat,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa Mesyuarat Persidangan Perwakilan Umno Putatan di Hotel Adel Putatan hari ini.

Beliau yakin pada masa kini Puteri Umno yang mewakili belia harus memulakan perubahan dengan lebih berani dengan mendekatkan diri kepada rakyat dan bukannya dengan teori melalui perjumpaan tertutup atau rumusan retorik yang boleh mencetuskan rasa jemu rakyat terhadap Umno.

“Politik bukan wadah untuk kita mengejar kuasa dan wang ringgit, tetapi keutamaan harus diletakkan kepada perjuangan membela nasib bangsa, agama dan rakyat jelata.”

“Peranan Puteri Umno sebenarnya amat relevan dan penting demi keutuhan parti. Kita harus sedar,statistik pola pengundi memperlihatkan 57 peratus adalah pemilih dari golongan muda,” ujarnya.

Beliau juga menyeru agar Puteri akan terus  memainkan peranan secara aktif dalam memacu kelangsungan dan kejayaan parti. /SayangSabah

Daliah bersama jawatankuasa Puteri Umno dan ketua-ketua Puteri Umno cawangan.

Daliah bersama jawatankuasa Puteri Umno dan ketua-ketua Puteri Umno cawangan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan