Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

POLIS UDARA SABAH LAKSANA PENERBANGAN EHSAN

Jenazah Allahyarham Wahab Majid diusung masuk kedalam pesawat Cessna Caravan CE208 untuk dibawa pulang ke Semporna. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia Pangkalan Sabah hari ini melaksanakan satu penerbangan ehsan membawa jenazah ayah kepada seorang anggota polis Koperal Junaidi Wahab yang bertugas di Balai Polis Tungku, Lahad Datu.

Allahyarham Wahab Majid meninggal dunia 9 pagi tadi di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru kesan daripada penyakit batu karang di hempedu.

Penerbangan ehsan menggunakan pesawat Cessna Caravan CE208 ini berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 3.30 petang dan mendarat di Lapangan Terbang Tawau sejam kemudian.

Penerbangan diketuai oleh Deputi Superitendan Kamis Sulong dibantu oleh Asisten Superitendan Peter AK Francis Rudin dan Sarjan Ellorean Glatter Philip.

Turut bersama menaiki pesawat berkenaan, balu dan dua anak arwah. Jenazah akan dibawa pulang ke kampung halaman di Kampung Sungai Tuhuk, Semporna. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan