Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

POLIS TUMPAS SINDIKET KAD PENGENALAN MERAH DI TAWAU

Ketua Polis Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus. Gambar Fail SNT

TAWAU: Polis berjaya menggagalkan sindiket membuat kad pengenalan merah yang didalangi oleh enam suspek termasuk remaja perempuan berusia 15 tahun dalam serbuan di lobi sebuah hotel di Jalan Bunga pada 26 Julai lalu.

Ketua Polis Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, pihaknya meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes terbabit untuk tampil membuat laporan di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Siasatan masih diteruskan untuk menangkap lebih ramai pihak yang terlibat dengan kes ini.

“Modus operandi yang digunakan oleh suspek ialah memperdayakan mangsa dengan menyatakan boleh membantu mereka menguruskan kad pengenalan merah walaupun dokumen sokongan tidak lengkap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata, pihaknya merampas beberapa jenis fail yang setiap satunya mengandungi salinan passport pemohon, salinan sijil lahir pemohon dan borang-borang permohonan bagi mendapatkan kad pengenalan merah serta dokumen kelulusan khas pendaftaran maklumat penduduk negeri ini.

Turut dirampas, katanya, sebuah beg duit yang mengandungi wang tunai RM4,907, kenderaan pacuan empat roda Isuzu D-Max, dua buku rekod pendaftaran pembayaran, telefon bimbit jenama Leagoo C3 dan Nokia (dua buah), sebuah tablet jenama Samsung dan 12 resit pembayaran.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – SabahNewstoday

Komen


Berita Berkaitan