Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

POLIS TERIMA SURAT DARI MUSA

Datuk Ramli Din. Gambar Fail SNT

KOTA KINABALU: Polis mengesahkan telah menerima surat daripada bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkenaan keadaan kesihatannya.

Ketua Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata Musa akan diberi masa beberapa hari untuk berehat sebelum kenyataannya berhubung siasatan laporan ugutan terhadap Tuan Yang Terutama,Tun Juhar Mahiruddin dirakam.

Surat itu menjelaskan kepada polis bahawa keadaan kesihatan Musa sangat lemah, katanya.

“Oleh sebab itu kami tidak mahu mengganggu beliau (tetapi) ini bukan bererti kita beri layanan istimewa. Atas nilai kemanusiaan kami akan beri dia masa untuk pulih sebelum bertemu dengannya,” kata Ramli.

Musa kembali ke Malaysia semalam di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dari Lapangan Terbang Selatar Singapura selepas lebih tiga bulan berada di luar negara.

Ramli sebelum ini telah berkata polis telah mengambil kenyataan daripada sembilan saksi termasuk Tun Juhar berhubung laporan beliau terhadap Musa yang disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan