Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,777

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Terima Laporan Wanita Dakwa Diculik Di Kampung Silam

7:19pm 09/01/2016 Pak Roshan 5188 views Jenayah,Mutakhir

culik3

LAHAD DATU : Polis menerima laporan berhubung dakwaan seorang wanita diculik di Kampung Silam dekat sini, kira-kira 10 malam Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata mangsa yang berusia 44 tahun dan berbangsa Suluk, membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Lahad Datu.

Mangsa mendakwa didatangi tiga lelaki bertopeng serta bersenjata api sebelum ditarik masuk ke dalam sebuah kereta jenis Ford lama berwarna putih yang tidak mempunyai nombor pendaftaran, katanya.

“Mangsa juga memaklumkan terdapat dua lagi suspek menunggu dalam kenderaan berkenaan dan membawanya ke jalan Dewata seterusnya ke jalan Danum,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hamzah berkata ketika dalam kereta itu, mangsa diugut bunuh sekiranya gagal menyediakan wang tebusan RM50,000, sebelum diarah menghubungi anggota keluarga untuk menyediakan sejumlah wang tersebut.

“Kira-kira dua jam kemudian, wang itu berjaya disediakan dengan bantuan anggota keluarga dan jiran, sebelum diserahkan kepada suspek di simpang Kampung Silam,” katanya.

Hamzah berkata suspek kemudian melarikan diri dan mangsa melaporkan kejadian itu kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata pihaknya masih menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan