Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Temui Pisau Yang Digunakan Wanita Untuk Kerat 8 Bayi

KAWASAN belakang rumah yang menjadi lokasi bayi dikerat lapan di Kampung Manggol, Mukim Malau, Jitra. (Foto Danial Noordin, Berita Harian)
KAWASAN belakang rumah yang menjadi lokasi bayi dikerat lapan di Kampung Manggol, Mukim Malau, Jitra. (Foto Danial Noordin, Berita Harian)

ALOR SETAR – Polis telah menemukan senjata tajam yang digunakan oleh suspek wanita untuk memotong bayi perempuannya kepada lapan bahagian dalam kejadian yang berlaku di Kampung Manggol, Jitra.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abdul Rahim Abdullah berkata sebilah pisau pemotong sayur berukuran 20cm ditemui dalam bekas polisterin berwarna putih dalam bilik mandi rumah datuk suspek kira-kira 6.15 petang semalam.

Beliau berkata suspek yang dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini telah membawa anggota polis ke tempat kejadian dengan menunjukkan senjata yang digunakannya itu.

“Polis telah merampas pisau itu untuk dijadikan barang kes,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Katanya suspek yang belum berkahwin itu telah dibebaskan dengan jaminan polis pada petang semalam sementara menunggu laporan DNA bayi.

Abdul Rahim berkata laporan penyiasatan lengkap akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk dituduh di Mahkamah Jitra mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali akan dikenakan.

Pada 7 Julai lepas, seorang wanita berusia 31 tahun ditahan berikutan penemuan beberapa bahagian bayi yang baru dilahirkan di dalam tangki tandas rumah datuknya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan