Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Temui Mayat Lelaki Di Dalam Semak

Anggota polis melakukan pemeriksaan di lokasi mayat Mohd Ali Baba (gambar kecil) ditemui berhampiran semak di Jalan Teluk Likas, Kota Kinabalu. - Foto MOHD ADAM ARININ/myMetro
Anggota polis melakukan pemeriksaan di lokasi mayat Mohd Ali Baba (gambar kecil) ditemui berhampiran semak di Jalan Teluk Likas, Kota Kinabalu. – Foto MOHD ADAM ARININ/myMetro

KOTA KINABALU – Polis menemui mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh, di kawasan semak berhampiran Masjid Bandaraya Likas, kira-kira jam 7 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata mangsa, Mohd Ali Baba Kirim Abdullah, 27, yang bekerja sebagai jurujual telefon bimbit, dilaporkan hilang sejak 28 Dis lepas.

“Mayat mangsa didapati mempunyai kesan kecederaan di bahagian kepala dan badan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chandra berkata mayat mangsa ditemui hasil soal siasat terhadap rakan mangsa yang dilihat kali terakhir bersamanya.

Katanya suspek berusia 23 tahun itu akan ditahan reman untuk siasatan lanjut dan menunggu laporan bedah siasat.

Polis turut merampas sebuah kenderaan Honda Accord milik suspek manakala senjata yang dipercayai digunakan semasa kejadian belum ditemui, katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan