Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,768

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis tembak pelajar sertai bantahan

10:02am 09/06/2016 Pak Roshan 12 views Global
SEORANG pelajar cedera dibawa ke hospital di Port Moresby.

SEORANG pelajar cedera dibawa ke hospital di Port Moresby.

Sydney: Puluhan orang cedera di Papua New Guinea (PNG) semalam apabila polis melepaskan tembakan ke arah kumpulan pelajar yang membuat bantahan aman yang turut mencetuskan bantahan di seluruh negara.

Pelajar dan pegawai universiti berkata, polis menembak orang awam dan menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai ketika protes di kampus Waigani Universiti PNG di Port Moresby.

Demonstrasi mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Peter O’Neill turut dilaporkan berlaku di bandar lain di PNG termasuk Goroka dan Mt Hagen.

Pegawai Hospital Besar Port Moresby yang dihubungi melalui telefon berkata, pertempuran juga berlaku antara polis dengan orang awam di luar premis itu, di mana pelajar cedera dibawa untuk rawatan.

“Saya juga mendengar tembakan,” katanya.

Kerajaan menafikan dakwaan empat orang mati ditembak seperti dilaporkan awal semalam. Pegawai hospital terbabit berkata, 38 mangsa cedera dirawat termasuk empat yang cedera ditembak, tetapi tiada mangsa maut. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan