Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis tembak mati bekas atlet MMA

GAMBAR menunjukkan Sabet yang bersenjatakan pisau mencabar pihak berkuasa menembaknya.
GAMBAR menunjukkan Sabet yang bersenjatakan pisau mencabar pihak berkuasa menembaknya.

Denpasar: Seorang lelaki warga Perancis maut ditembak, semalam selepas dia mengamuk dan menikam hingga mati seorang anggota polis yang cuba menangkapnya.

Amokrane Sabet, 49, yang juga bekas atlet seni mempertahankan diri campuran (MMA) dilaporkan sering membuat kacau di lokasi tempat dia tinggal, di sini.

Jurucakap polis Bali, Hery Wiyanto berkata, pihaknya selalu menerima aduan mengenai Sabet yang sering tidak membayar selepas makan di restoran, membawa senjata dan mengganggu orang ramai.

“Setiap kali kami mengarahkan Sabet ke balai polis untuk memberi keterangan, dia tidak pernah datang,” katanya.

Ujarnya, seramai 40 anggota polis dan imigresen datang ke kediaman lelaki itu di kampung Canggu untuk menahannya selepas mendapati visanya sudah tamat pada September tahun lalu.

Bagaimanapun, ketika cuba ditahan Sabet mengamuk dan mengancam pihak berkuasa dengan sebilah pisau.

“Seorang anggota polis menghampiri Sabet untuk menenangkannya tetapi lelaki itu menikamnya menyebabkan mangsa mati.

“Polis kemudiannya memberi amaran sebanyak tiga kali tetapi Sabet tidak menghiraukannya menyebabkan anggota kami terpaksa melepaskan tembakan,” jelasnya. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan