Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Tawau Tahan Wanita Filipina Miliki Lebih 3Kg Syabu

Foto Polis Daerah Tawau

 

TAWAU, 11 Jan – Polis menahan seorang wanita Filipina dan merampas lebih tiga kilogram syabu bernilai kira-kira RM240,000 dalam Ops Tapis di sebuah rumah di Kampung Pangkalan Wakuba dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata wanita berumur 55 tahun dan tidak memiliki dokumen diri itu ditahan pada kira-kira 5.30 pagi dan dipercayai anggota sindiket dadah yang aktif menjual bahan larangan itu di daerah ini dan sekitarnya.

Beliau berkata polis kini giat memburu anggota lain sindiket itu.

“Suspek yang tidak bekerja ini merupakan sebahagian (anggota) sindiket (dadah) yang disasarkan polis daerah ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas sebuah kereta Proton Waja bernilai RM25,000 daripada suspek.

Fadil berkata suspek direman tujuh hari mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

— BERNAMA

Foto Polis Daerah Tawau

Komen


Berita Berkaitan