Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Tawau Tahan Suspek Curi Kereta Di Jalan Chester

Sumber Foto Facebook BES TAWAUfm

 

TAWAU, 6 Dis – Polis Tawau berjaya menyelesaikan satu kes curi kereta selepas memberkas seorang lelaki warga Indonesia yang disyaki mencuri kereta Proton Saga milik seorang lelaki di Jalan Chester, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata suspek berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9 pagi tadi ketika sedang memandu kereta curi tersebut.

“Polis yang membuat rondaan di kawasan Taman Semarak di sini terserempak dengan kereta yang dilaporkan hilang dan sedang dipandu suspek menghala ke Jalan Kuhara, Tawau.

“Suspek yang menyedari kehadiran polis itu,  terus memecut laju kereta untuk melarikan diri, namun kereta yang dipandu suspek terbabas dan merempuh penghadang jalan di Jalan Kuhara berhampiran bulatan masuk ke Taman Univilla sebelum ditangkap,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Fadil berkata suspek yang turut positif dadah jenis syabu itu akan akan direman esok bagi membantu siasatan.

Semalam, seorang lelaki melaporkan keretanya hilang selepas parkir di Jalan Chester di sini, pada pukul 7.30 pagi untuk ke tempat kerja, dan menyedari kehilangan keretanya pada jam 12.10 tengah hari.

— BERNAMA

Sumber Foto Facebook BES TAWAUfm

Komen


Berita Berkaitan