Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,733

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Tawau Tahan Dua Suspek Kes Pecah Kereta

11:38am 17/11/2016 Pak Roshan 32 views Jenayah,Mutakhir
Foto Facebook IPD Tawau

Foto Facebook IPD Tawau

TAWAU : Polis menahan dua suspek kes pecah kereta di sebuah hotel di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau Fadil Marsus berkata dalam serbuan kira-kira 2.40 petang itu, polis menemukan sebatang besi berukuran 48.26cm di dalam bilik yang dihuni dua lelaki tempatan itu.

“Siasatan awal ke atas kedua-dua suspek berumur lingkungan 25 hingga 35 ini, mereka turut mengaku terlibat dalam kes pecah kereta di Kabota Square pada Oktober lepas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Fadil berkata polis menahan seorang lelaki warga Filipina berusia 35 tahun di sebuah kedai di Jalan Chong Thien Voon pada 7.40 malam, Selasa lepas.

“Hasil pemeriksaan polis menjumpai dua paket plastik lutsinar berlainan saiz berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis Syabu dan dianggarkan seberat 31.5 gram dengan nilai RM2,500,” katanya.

— BERNAMA

Foto Facebook IPD Tawau

Foto Facebook IPD Tawau

Foto Facebook IPD Tawau

Foto Facebook IPD Tawau

Foto Facebook IPD Tawau

Foto Facebook IPD Tawau

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan