Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Tawau Tahan 17 PATI

pati-tawau-600x366

TAWAU : Polis Tawau menahan 20 orang termasuk 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dalam Ops Bersepadu di dua lokasi berasingan di sekitar bandar ini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata 12 PATI terdiri daripada empat lelaki, tujuh wanita dan seorang bayi lelaki ditahan selepas cubaan mendarat secara haram di Batu Payung Tinagat, kira-kira pukul 10 malam.

“Kesemua 12 PATI berumur satu hingga 53 tahun ini ketika ditahan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, polis turut menahan seorang pemandu teksi warga tempatan berusia 46 tahun dan pemandu lori warga asing berusia 42 tahun di tempat kejadian.

Sementara itu, Fadil berkata Ops Bersepadu yang diadakan sejak 7 Nov itu turut menahan lima PATI lelaki dan seorang lelaki warga asing dekat Jalan Persisiran pada pukul 8.10 malam, hari yang sama.

“Lima lelaki tiada dokumen pengenalan diri itu mendarat secara haram menggunakan perahu tambang di persisir tebung batu dekat Jalan Persisiran manakala lelaki warga asinga berusia 28 tahun itu merupakan ejen membawa masuk PATI,” katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan