Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Tawau Tahan 12 Individu Disyaki Penagih Dadah

6:25pm 15/03/2016 Pak Roshan 357 views Jenayah
Sumber Foto : PDRM Tawau

Sumber Foto : PDRM Tawau

TAWAU : Polis menahan 12 individu termasuk dua wanita selepas membuat serbuan ke atas beberapa buah rumah yang disyaki dijadikan sarang aktiviti dadah di Kampung Vietnam, Tanjung Batu, di sini Isnin malam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata kesemua individu yang terdiri daripada lima rakyat tempatan, Indonesia (empat) dan Filipina (tiga) itu adalah sebahagian daripada 28 individu berumur 15 hingga 47 tahun yang diperiksa dalam ‘Op Sarang’ dari pukul 9 malam hingga 11.30 malam.

“Dua belas individu ini ditahan kerana positif dadah,” katanya dalam kenyataan di sini ISelasa.

Menurut Fadil hasil serbuan itu juga pihaknya berjaya menemui dan merampas kira-kira 77.37 gram dadah jenis syabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, Fadil berkata Polis Tawau akan terus menggempur habis-habisan mana-mana tempat yang dikenal pasti dijadikan sarang penagihan dadah di daerah ini dan meminta orang ramai agar menyalurkan maklumat bagi memudahkan operasi polis.

— BERNAMA

sumber foto :  PDRM Tawau

sumber foto : PDRM Tawau

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan