Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Tawau rampas lebih 300,000 batang rokok seludup

7:05pm 03/06/2016 Pak Roshan 263 views Berita Pilihan,Jenayah,Mutakhir
ANTARA rokok pelbagai jenama selepas menahan seorang lelaki di kawasan ladang di Jalan Tawau-Kalabakan, semalam. - Foto Norasikin Daineh

ANTARA rokok pelbagai jenama selepas menahan seorang lelaki di kawasan ladang di Jalan Tawau-Kalabakan, semalam. – Foto Norasikin Daineh

TAWAU: Polis menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok pelbagai jenama selepas menahan seorang lelaki di kawasan ladang di Jalan Tawau-Kalabakan, semalam.

Lelaki berusia 20 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota yang melakukan rondaan di sektor Kalabakan jam 12.30 tengah hari ketika leka memunggah rokok pelbagai jenama ke dalam lori jenis Isuzu di kawasan ladang berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Mustafa Maarof Mustafa berkata, pemeriksaan terhadap lori itu menemui 321,880 batang rokok dan 2,580 bungkus tembakau dipercayai tidak mempunyai kelulusan cukai kastam.

“Tangkapan serta barang rampasan kemudian diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan lanjut dengan nilai anggaran rampasan masih belum dapat dipastikan,” katanya di sini, sebentar tadi.

Mustafa berkata, rokok pelbagai jenama itu dipercayai untuk diedarkan dan dipasarkan di daerah ini. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan