Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

POLIS TAWAU RAMPAS DADAH JENIS SYABU BERNILAI RM130,000

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

TAWAU, 10 Jan : Polis Bahagian Jenayah Narkotik di sini merampas 1,028.52 gram dadah jenis syabu bernilai RM130,000 daripada dua lelaki di Pasar Gantung, pukul 1.30 tengah hari, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata rampasan berkenaan dibuat berikutan penahanan sepasang suami isteri, masing-masing berumur 47 dan 43 tahun di Jalan Dunlop pada pagi, hari yang sama.

Beliau berkata penahanan pasangan itu kemudian membawa kepada penahanan dua lagi lelaki, kedua-duanya anak beranak, di kawasan Pasar Gantung.

“Sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Narkotik yang diketuai oleh ASP Aderian Masaat terserempak dengan suspek di lorong Pasar Gantung. Setelah memperkenalkan diri, seorang daripada dua beranak itu mencampakkan satu paket plastik ke arah belakang dan cuba melarikan diri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya setelah berlaku pergelutan, akhirnya dua beranak yang berasal dari Lahad Datu itu berjaya diberkas anggota polis.

Pasangan suami isteri serta dua beranak masing-masing berumur 51 dan 21 tahun itu kini direman selama tujuh hari dan akan didakwa di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan