Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Tawau Buru Suspek Pecah Rumah Dan Curi Kenderaan

9:41am 01/02/2016 Pak Roshan 5521 views Jenayah,Mutakhir

Komuniti-Pesisir-Pantai-ESSZone

TAWAU : Pihak polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan mencuri kenderaan di Kinabatangan pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata kira-kira pukul 10 malam tadi, pihaknya menerima maklumat bahawa suspek yang memandu kenderaan curi jenis Toyota Land Cruiser dilaporkan sedang dikejar kereta peronda daerah luar dan menghala ke bandar Tawau.

Menurutnya, bertindak hasil daripada maklumat itu, pihaknya telah mengadakan sekatan jalan di Batu 10 Bulatan Bandar Sri Indah dekat sini.

“Pada jam 10.50 malam, kereta suspek muncul dengan laju dan merempuh sekatan jalan sebelum polis melepaskan tembakan dan mengejar suspek sehingga Kampung Batu 6, Jalan Apas,” katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau berkata sewaktu dikejar, kenderaan suspek hilang kawalan di persimpangan Jalan Simen dan merempuh pagar rumah orang awam.

“Ekoran itu suspek berjaya melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran. Polis berusaha mengesan suspek di hutan berhampiran tetapi gagal,” kata Fadil.

Beliau meminta orang ramai agar menyalurkan maklumat sekiranya menemui suspek yang tinggi enam kaki, memakai seluar Jeans paras lutut dan berbaju gelap dengan menghubungi Polis Tawau di talian hotline 089-772121.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan