Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,634

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Tawau Berkas Tujuh Individu, Rampas Dadah Bernilai RM13,000

11:18am 21/10/2016 Pak Roshan 522 views Jenayah,Mutakhir
Foto : Facebook Polis Daerah Tawau

Foto : Facebook Polis Daerah Tawau

TAWAU : Polis Tawau memberkas lima lelaki dan dua wanita dalam dua serbuan dan merampas sejumlah 135 gram dadah dianggarkan bernilai RM13,000 pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah ACP Fadil Marsus berkata serbuan pertama pada pukul 6 petang di Kampung Jawa dekat sini, empat lelaki dalam keadaan mencurigakan ditahan di anjung sebuah rumah tidak bernombor.

“Pemeriksaan di rumah berkenaan menemukan 13 paket plastik lutsinar pelbagai saiz dalam satu bekas plastik berwarna hitam (mengandungi syabu 54 gram) di atas bangku tempat mereka duduk,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Katanya ujian saringan air kencing ke atas kesemua suspek didapati mereka positif methamphetamine.

Dalam serbuan kedua pada pukul 9 malam hari yang sama, Fadil berkata seorang lelaki dan dua wanita berumur 15 hingga 55 tahun ditahan di sebuah rumah di Lorong Haji Sundu, Batu 2, Jalan Apas di sini dan dadah dianggarkan seberat 81 gram ditemukan.

Beliau berkata kedua-dua kes itu disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

— BERNAMA

Foto : Facebook Polis Daerah Tawau

Foto : Facebook Polis Daerah Tawau

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan