Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Tawau Berkas 11 Lelaki Disyaki Pengedar, Penagih Dadah

7:35pm 01/03/2016 Pak Roshan 1406 views Jenayah,Mutakhir
ANTARA pengedar dan penagih yang berjaya ditahan

ANTARA pengedar dan penagih yang berjaya ditahan

TAWAU : Polis Tawau memberkas 11 lelaki bagi pelbagai kesalahan penyalahgunaan dadah selepas menyerbu sebuah pondok di ladang kelapa sawit di KM16, Jalan Apas, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata lelaki berusia di antara 18 dan 55 tahun itu dipercayai menggunakan pondok beratap daun kelapa sawit itu sebagai lokasi membeli dadah dan menyalahgunakan dadah.

Dalam serbuan pada 4.30 pagi itu, yang berakhir hampir tujuh jam kemudian,

Seramai 22 anggota dari Bahagian Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik yang diketuai DSP Jasmin Hussin melakukan serbuan itu pada 4.30 pagi.

“Ketika serbuan dilakukan, semua suspek sedang leka dengan dadah. Apabila menyedari kehadiran polis, mereka cuba meloloskan diri namun tindakan pantas anggota kami dapat mengepung dan menahan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas dadah syabu seberat 5.1 gram yang diisi di dalam 18 tiub straw.

Fadil berkata seorang suspek berusia 33 tahun yang disyaki pengedar dadah ditahan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala selebihnya ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 selepas didapati positif dadah.

— BERNAMA

syabu2

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan