Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis tangkap polis

AMPANG JAYA: Lima anggota polis ditahan kerana memiliki kad pengenalan individu lain dan syabu dalam sebuah van Balai Polis Bergerak, Pandan Indah di sini, kelmarin.

Sumber memberitahu, serbuan yang dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman itu hasil aduan awam. 

Katanya, pemeriksaan mendapati semua suspek yang berusia 30 hingga 34 tahun adalah anggota tugas am yang terbabit dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) di Pandan Indah.

“Pemeriksaan membawa kepada penemuan lima kad pengenalan milik individu lain dan tiga lesen kenderaan memandu atas nama individu tidak dikenali serta sepaket dadah jenis syabu seberat 1.06 gram,” katanya.

Anggota terbabit ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(3) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan