Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Takut Protes Bebaskan Sami

Sami

Bangkok – Polis di Phimai terpaksa membebaskan sami yang ditahan kerana memiliki kayu secara haram selepas kira-kira 50 penduduk Nakhon Ratchasima mengadakan perhimpunan membantah tindakan itu.

Phra Samroeng Chanthathammo, 45, ditahan di biaranya di Taman Negara Thap Lap ketika sedang menggergaji kayu untuk membina bilik sami baru di sana. Polis turut merampas 64 keping papan kayu dari pokok yang dilindungi.

Menurut Phra Samroeng dia dijemput penduduk kampung untuk tinggal di biara itu sejak 2009.

Mereka sudah membina lebih banyak penempatan untuk sami kerana buat masa ini hanya ada satu rumah dan empat bilik.

Katanya, papan terbabit dibawa penduduk kampung.

Sebelum pihak polis sempat mengambil tindakan lanjut selepas menangkapnya, kira-kira 50 penduduk kampung mengadakan bantahan di Balai Polis Udomsap.

Dua jam kemudian, polis bersetuju melepaskan sami terbabit dan perhimpunan itu bersurai.

Menurut polis, pembebasan sementara itu bagi meredakan ketegangan dengan penduduk kampung. Sami terbabit turut menafikan tuduhan terhadapnya.

Tindakan undang-undang itu diambil selepas mendapat aduan daripada pegawai di taman negara. Siasatan akan diteruskan kemudian. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan