Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

POLIS TAHAN TIGA INDIVIDU DISYAKI TERLIBAT LAPAN KES PECAH RUMAH

tahan

TUARAN, 13 Jan : Polis menahan tiga individu termasuk sepasang  suami isteri, berumur antara 30 hingga 40 tahun yang dipercayai terlibat dalam lapan kes pecah rumah di sekitar daerah Tuaran.

Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Abdul Fuad Rashid Harun berkata dua daripada suspek itu, kedua-duanya lelaki ditahan pada 4 Januari lepas, pukul 7.51 malam ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di Taman Sinar Jaya.

“Unit Kereta Peronda (MPV) polis yang tiba kurang dari lima minit ke tempat kejadian berjaya menahan dua suspek lelaki yang gagal melarikan diri,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran, di sini hari ini.

Abdul Fuad berkata hasil maklumat daripada suspek, seorang wanita warga Filipina turut ditahan di sebuah rumah di Kampung Lapotong, Tamparuli pada jam 11.20 malam, hari yang sama, dan polis menemui beberapa barang dipercayai barang curi.

Katanya antara barangan berkenaan ialah barangan kemas, telefon bimbit, komputer riba, jam tangan dan mesin pemotong kayu dengan nilai keseluruhannya dianggarkan RM10,000.

Beliau berkata kedua-dua suspek lelaki berkenaan didapati positif dadah jenis syabu.–BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan