Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,660

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis tahan suspek kes pecah masuk pejabat

9:07pm 18/02/2016 Leolerry Lajius 360 views Jenayah,Tempatan
Kereta yang dinaiki suspek.

Kereta yang dinaiki suspek.

KOTA KINABALU:  Pihak polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berumur 22 tahun  yang disyaki terbabit dengan kes pecah masuk sebuah pejabat di  Well Machinery Kampung Kibabaig Penampang kelmarin.

Pengadu telah membuat laporan polis di Balai Polis Penampang selepas mendapati pejabat tersebut dipecah masuk dan didapati beberapa barang pejabat seperti peralatan komputer dan set dekoder CCTV telah didapati hilang.

Maklumat kejadian tersebut telah dihebahkan kepada semua unit ronda IPD Penampang termasuklah IPD Kota Kinabalu.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, suspek telah berjaya ditangkap sewaktu sepasukan polis dari Cawangan

Unit Peronda IPD Kota Kinabalu membuat penugasan “Snap Spot Check” di Jalan Bantayan Inanam dan telah ternampak sebuah kenderaan jenis proton Waja warna silver dalam keadaan mencurigakan yang telah membuat pusingan “U” untuk mengelak dari diperiksa oleh pihak polis.

“Pihak polis kemudian telah bertindak mengejar kenderaan tersebut dan mengarahkan kenderaan tersebut berhenti namun kenderaan tersebut terus dipandu laju dan telah melanggar beberapa buah kenderaan awam sehinggalah pihak polis berjaya menahan  kenderaan tersebut di Lorong Kurma berhadapan kedai Pharmaniaga Kelombong, Inanam selepas kenderaan saspek berlanggar dengan sebuah kenderaan awam jenis Perodua Kembara,”katanya.

Pihak polis berjaya menahan salah seorang suspek yang juga didapati positif dadah dan turut menjumpai beberapa barang curi yang bernilai RM24,000 termasuk kenderaan namun dua orang rakan suspek berjaya melarikan diri.

Suspek disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan  jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan jika kesalahan dilakukan dua kali dan kemudian, boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Bagi kesalahan penyalahgunaan dadah suspek disiasat  di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000.00 atau penjara tidak lebih dari dua tahun.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah  

Barang curi yang terdapat di kereta suspek.

Barang curi yang terdapat di kereta suspek.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan