Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Tahan Suami Isteri, Rampas 182kg Ganja

11:14am 03/06/2016 Pak Roshan 271 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

GEORGETOWN – Polis menahan sepasang suami isteri dan merampas dadah jenis ganja sebanyak 182kg bernilai kira-kira RM540,000 dalam beberapa serbuan di sekitar Jelutong, di sini Khamis.

Bertindak hasil maklumat dan risikan sejak seminggu lepas, sepasukan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang menahan seorang lelaki dalam sebuah kereta di tempat letak kereta sebuah kondominium di Jelutong pada pukul 12.30 tengah hari.

Sumber berkata hasil pemeriksaan terhadap lelaki berusia 37 tahun dan bekerja sebagai tukang paip itu, polis menemui sejumlah ganja sebelum menyerbu rumah suspek di kondominium berkenaan dan menahan isterinya berusia 30 tahun. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan