Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Tahan Seorang Lelaki Miliki Senjata Buatan Sendiri

gambar hiasan
gambar hiasan

KOTA KINABALU : Polis menahan seorang lelaki dan merampas dua jenis senjata buatan sendiri dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kiaburi, Ranau, dekat sini baru-baru ini.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan Ahad lepas, berikutan maklumat awam yang diterima pihaknya pada 29 Sept lepas berkaitan kes berkenaan.

“Laporan yang diterima mengatakan seorang lelaki telah meninggalkan satu bungkusan guni warna putih berisi dua laras senapang buatan sendiri, satu batang besi dan satu jaket berwarna putih,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata saringan air kencing terhadap suspek berkenaan didapati positif dadah dan siasatan awal mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah.

Katanya kes itu disiasat di bawah Seksyen 32 Akta Senjata Api 1960, kerana memiliki senjata api tiruan.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan