Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,636

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis tahan seorang lelaki di kampung Pampang disyaki miliki syabu

1:21pm 06/11/2015 Dewiana Tinggolongon 520 views Keningau,Mutakhir,Tempatan
Beginilah keadaan dadah yang dirampas daripada suspek.

                            Beginilah keadaan dadah yang dirampas daripada suspek.

KENINGAU – Polis di sini menahan seorang lelaki berumur 54 tahun dalam satu serbuan di rumah tidak bernombor di Kampung Pampang dekat sini kira-kira jam 10.30 pagi pada Isnin lalu  kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu.

Katanya, dalam serbuan itu sepasukan polis  dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik  IPD Keningau yang diketuai oleh Inspektok  Muhammad Firdaus Shaharudin mendapati pintu rumah terbuka dan tidak berkunci.

“Polis memasuki rumah tersebut dan mendapati suspek berada di ruang tamu rumah tersebut. Inspektok Muhammad Firdaus kemudian memperkenalkan  diri sebagai pegawai kanan polis dan seterusnya membuat pemeriksaan badan suspek” katanya kepada media di sini pada Rabu.

Douglas memberitahu semasa ingin membuat pemeriksaan suspek telah serahkan kepada polis satu dompet warna coklat bertulisan ” Levi’s ”yang dikeluarkan dari poket seluar dan apabila diperiksa di dalamnya mengandungi satu peket plastik lutsinar dan 19 tiub straw warna merah berisi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 5.03 gram bernilai lebih kurang RM700.00.

“Polis kemudian merampas dadah dan menangkap lelaki tersebut dan bawa balik ke balai untuk tindakan selanjutnya. Ujian saringan awal air kencing suspek juga didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine. Oleh KALAWON SAWING / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan