Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Tahan Pengedar Dadah Punya Empat Rekod Jenayah Kekerasan

edardadah

KUANTAN– Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam empat jenayah kekerasan dilaporkan di Selangor, ditahan di rumahnya di Batu 11, Jalan Gambang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, hasil intipan dan maklumat orang awam, suspek, 36, yang juga dipercayai pengedar dadah itu ditahan sepasukan anggota polis dari cawangan Narkotik IPD Kuantan kira-kira jam 12.30 tengahari.

“Dalam serbuan itu polis turut menemui dadah jenis heroin seberat 98 gram yang dianggarkan bernilai RM2,500 di dalam poket seluar suspek yang berasal dari dari Rawang, Selangor.

“Polis percaya suspek yang baru menetap di sini sejak lima bulan lepas bersama keluarganya kerana ingin bersembunyi dari diburu polis IPK Selangor atas jenayah yang dilakukannya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, semakan polis juga mendapati suspek dikehendaki atas empat jenayah kekerasan iaitu terbabit kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh pada tahun 2010, dan Seksyen 307 KK kerana cubaan membunuh pada tahun lepas.

Suspek yang mempunyai isteri serta empat anak itu juga dikehendaki atas kesalahan Seksyen 392/397 KK samun bersenjata dan Seksyen 323 KK kesalahan mendatangkan kecederaan, kedua-duanya pada tahun 2006.

Kata Abdul Aziz, suspek itu kini ditahan reman sehingga 19 Julai ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, selepas direman suspek juga akan dirujuk ke IPK Selangor bagi membantu siasatan kes-kes jenayah yang dilakukannya.

Komen


Berita Berkaitan