Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

POLIS TAHAN PEMUDA ACU SENJATA TIRUAN KEPADA PELANCONG DI WATERFRONT

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji (tengah) bersama pegawainya menunjukkan senjata tiruan yang dirampas daripada seorang suspek ketika ditahan. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Gara-gara menunjukkan sepucuk pistol tiruan dalam pergaduhan dengan seorang pelancong warga British di sini, seorang pemuda berusia 20 tahun ditahan kelmarin.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pemeriksaan lanjut polis ke atas suspek juga menemui selaras senapang jenis Scar L di tempat duduk hadapan kenderaan Nisaan Navara.

Menurut Habibi, dalam serbuan seterusnya di rumah suspek di Jalan Kolam, Kota Kinabalu, polis turut merampas satu lagi senjata jenis Glock 18 hitam dipercayai pistol tiruan dan peluru air yang digunakan sebagai peluru untuk senjata itu.

“Suspek dipercayai mabuk dan terlibat dalam pergaduhan dengan seorang pelancong warga British di sebuah pusat hiburan di Waterfront, Kota Kinabalu kira-kira pukul 4 pagi pada Sabtu lalu.

Selaras senjata tiruan menyerupai senjata jenis FN Scar L antara yang dirampas bersama dua pucuk pistol daripada suspek yang ditahan. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Kita difahamkan, pelancong tersebut melarikan diri kerana takut sebaik sahaja suspek mengeluarkan senjata tiruan dan mengacukannya ke udara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sepucuk pistol tiruan menyerupai pistol jenis Glock 18 yang dirampas polis ketika menggeledah rumah suspek di Jalan Kolam. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Kata Habibi lagi, ujian air kencing mendapati suspek posiitf dadah jenis ganja, namun tidak memiliki rekod jenayah lampau manakala kenderaan mewah tersebut telah dirampas oleh pihak polis.

Jelas beliau lagi, kes itu disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 dan jika disabitkan kesalahan suspek boleh dihukum penjara tidak melebihi setahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan