Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

POLIS TAHAN LIMA INDIVIDU JALANI AKTIVITI JUAL BELI SENJATA API SECARA HARAM

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah (dua dari kiri) menunjukkan beberapa laras senapang angin sambil diperhatikan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah, Senior Asisten Komisioner Jauteh Dikun (kanan) dan Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superitendan Ahmad Jawila (dua dari kanan) ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kota Kinabalu. Turut kelihatan Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Ho Shiau Wui. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Polis kontinjen Sabah berjaya menahan lima individu yang terlibat dalam aktiviti jual beli senjata api secara haram di Keningau.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, penahanan lima orang suspek itu dibuat secara berasingan selepas memperolehi maklumat dan risikan berterusan.

“Serbuan telah dibuat oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau pada 6 September di salah sebuah premis perniagaan di Keningau kira-kira jam 1.40 petang dan menahan seorang lelaki, 36, berasal dari Kedah yang mengaku sebagai pemilik premis berkenaan.

“Hasil serbuan berjaya menemui 36 komponen senjata api termasuk 18 silencer tanpa jenama, 78 butir peluru jenis 12 Bore, 60 kotak peluru palets pelbagai jenama.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah (kiri) bersama Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superitendan Ahmad Jawila pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Semasa soal siasat dijalankan, suspek utama telah menunjukkan satu lagi tempat yang diakuinya sebagai tempat penyimpanan beberapa laras senjata api dan hasil serbuan di lokasi kedua menemui sembilan laras senapang angin pelbagai jenama,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Tambahnya, suspek mengakui memperolehi bekalan senapang angin dan peluru berkenaan dari negara jiran melalui orang tengah yang juga penduduk tempatan berumur 32 tahun.

Menurutnya, suspek kedua turut membuat pendedahan dan membawa kepada penahanan suspek ketiga iaitu lelaki tempatan berumur 40 tahun dari Kampung Gaulan yang mana pakar dalam membaiki senjata api.

“Beliau diambil bekerja sambilan oleh suspek pertama untuk membantu membaiki senjata-senjata jika terdapat kerosakan.

“Di sini juga kita merampas senjata api jenis bakakuk ekoran pengakuan sendiri suspek ketiga yang juga terlibat dalam transaksi penjualan senjata ini.

“Seterusnya, pendedahan suspek juga, kita turut menangkap dua suspek lelaki tempatan masing-masing berumur 31 tahun dan 29 tahun yang mana juga terlibat dalam urusan jual beli senjata,” katanya.

Jelasnya, kelima-lima suspek direman antara 7 September sehingga Selasa depan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan