Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis tahan lelaki warga asing terbabit kes lelaki mati ditetak

gambar hiasan
gambar hiasan

LAHAD DATU: Polis menahan seorang lelaki warga asing yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki yang ditetak mati berhampiran sebuah kawasan tempat cuci kereta di jalan Dam, dekat sini, pada awal pagi kelmarin.

Suspek yang berusia 27 tahun itu berjaya ditahan pada kira-kira jam 6 pagi, disebuah rumah tidak bernombor tidak jauh daripada tempat kejadian sejurus pihak polis menerima aduan berhubung kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah ini, ACP Hamzah Ahmad berkata, suspek yang memiliki paspot dan bekerja sebagai pemandu lori dipercayai cuba melarikan diri selepas menetak mangsa pada bahagian leher dan dada menggunakan sebilah parang.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 1.50 awal pagi itu, mangsa dikenali sebagai Asriansa Mohammad Said ,28, yang bekerja sebagai pengangkat baja meninggal dunia ditempat kejadian selepas ditetak oleh suspek.

Menurut Hamzah, sebelum itu mangsa bersama seorang rakannya yang berusia 20 tahun dikatakan dalam perjalanan dari kawasan Palm Height menuju ke bandar untuk makan dengan menaiki sebuah motosikal apabila mereka ditahan oleh suspek sebaik saja tiba berhampiran kawasan tempat cuci kereta berkenaan.

“Hasil daripada siasatan awal kita mendapati motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada balas dendam berikutan pergaduhan yang berlaku disebuah majlis kenduri pada malam kejadian.

“Kita juga merampas telefon bimbit, sebilah parang dan juga pakaian dengan kesan darah yang dipercayai dipakai suspek semasa kejadian,” katanya.

Kata Hamzah lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat. – NewSabahTimes

Komen


Berita Berkaitan