Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Tahan Lelaki Tempatan, Rampas Syabu Lebih 60gram

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

LAHAD DATU : Seorang lelaki tempatan dipercayai pengedar dadah ditahan selepas memiliki dadah jenis syabu seberat 60.28gram di Jalan Batu 3 Jalan Segama Lahad Datu dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata suspek berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira 11.45 pagi ketika dalam perjalanan dari luar daerah menghala ke pusat bandar Lahad Datu.

Suspek yang menaiki kenderaan jenis Proton Saga itu diperiksa dan polis menemui sebuah beg yang mengandungi lipatan kertas pelbagai saiz dan dadah disyaki syabu, katanya.

“Beg yang berisi dadah berkenaan disembunyikan di bahagian bawah stereng,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hamzah berkata dadah yang dirampas dan disyaki untuk pasaran tempatan itu dianggarkan bernilai RM 6,000.

“Suspek yang juga positif dadah itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukum gantung sampai mati jika disabit kesalahan,” katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata polis merekodkan peningkatan tangkapan bagi kes narkotik untuk tempoh Disember 2016 iaitu sebanyak 48 tangkapan berbanding 24 tangkapan pada tempoh sama tahun sebelumnya.

“Pada Disember 2016, jumlah tangkapan tertinggi melibatkan kes di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 sebanyak 46 tangkapan. Pada Disember tahun lalu, 19 tangkapan dilakukan berkaitan seksyen yang sama.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan