Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,792

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis tahan lelaki, rampas peluru

6:44pm 26/08/2016 Pak Roshan 1319 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

LAHAD DATU: Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas tiga butir peluru 5.56 12-58 MAL semasa mengadakan serbuan disebuah rumah tidak bernombor di Kampung Mundas Tungku, dekat sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah ini, ACP Hamzah Ahmad berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan selepas polis menemui peluru-peluru tersebut di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan dalam salah sebuah bilik di rumah itu, kita telah menemui tiga butir peluru berkenaan yang disimpan di dalam satu beg silang hitam berwarna hitam,” katanya.

Sehubungan itu kata Hamzah, suspek dan barang rampasan dibawa balik ke IPD Lahad Datu dan siasatan dijalankan dibawah Seksyen 8(a) Akta Senjatapi 1960. – newsabahtimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan