Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis tahan lelaki keluarkan pistol di depan staf SEB

acu pistol SEB

MIRI: Akibat mengeluarkan pistol di hadapan tiga staf Sarawak Energy Berhad (SEB) dan seorang anggota polis bantuan bulan lalu, seorang lelaki diberkas polis semalam yang turut merampas sepucuk pistol dan lima butir peluru.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata penangkapan suspek berusia 39 tahun itu susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa selepas kejadian pada 9.40 pagi, 26 Jun lalu di depan sebuah rumah di Lorong 3 Krokop.

“Suspek hanya dapat ditahan semalam kerana sebelum ini dia berada di luar negara,” katanya hari ini.

Mengulas insiden itu, Gan berkata sebelum mengeluarkan pistol, suspek dipercayai memarahi dan mempertikai tindakan kakitangan SEB yang membuat pemeriksaan meter elektrik di rumah berkenaan.

Suspek yang tidak berpuas hati dengan perkara itu kemudian bertindak mengeluarkan pistol selain mempersoal kehadiran polis bantuan yang dikatakannya bukan polis sebenar kerana tiada gari atau pistol, kata Gan.

Beliau berkata suspek kemudian dapat ditenangkan oleh kakitangan SEB terbabit yang berkata pemeriksaan meter itu hanya untuk tujuan keselamatan.

Kes disiasat menurut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Menurut Gan, polis juga menyiasat sama ada lelaki itu mempunyai permit senjata api.

Komen


Berita Berkaitan