Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis tahan lelaki Indonesia, rampas dua senjata

Gambar Hiasan

 

LAHAD DATU – Pasukan Gerakan Am menahan seorang lelaki rakyat Indonesia bersama-sama dua laras senjata di kediamannya di Sungai Bilis, Tanjung Labian dekat sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu ASP Mohd Fadzil Ali berkata sepasukan anggota PGA Batalion 17, yang sedang menjalankan Op Taring, telah menerima maklumat mengenai senjata berkenaan.

Susulan itu, mereka menahan suspek dan menemui selaras senapang angin dan selaras senapang buatan sendiri (bakakuk) semasa menyerbu rumahnya pada 1.30 pagi.

“Polis turut menemui tiga butir peluru senapang patah jenis 12 bore, dua butir peluru senapang patah jenis baschieri dan pellagri 12, tiga kelongsong peluru senapang patah jenis 12 bore, 35 biji guli dalam uncang jaring serta satu botol berisi cecair ?spirit’ yang diletakkan di belakang pintu dalam sebuah bilik di rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Fadzil berkata PGA menyerahkan suspek itu dan barang rampasan berkenaan kepada Ibu Pejabat Polis Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan