Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Tahan Lapan Wanita Warga China Dalam ‘Ops Noda’ Di Inanam

Seorang wanita warga asing antara yang ditahan polis dari cawangan D7 BSJ IPD, Kota Kinabalu dalam operasi Ops Noda di sebuah premis urut di KK Taipan Commercial, Jalan Tuaran Inanam, Kota Kinabalu.

 

KOTA KINABALU – Lapan wanita warga China dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran ditahan dalam serbuan di sebuah premis pusat urut di Taipan Commercial, Inanam, dekat sini semalam.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M.Chandra berkata kesemua wanita berusia antara 27 dan 37 tahun itu ditahan dalam ‘Ops Noda’ pada jam 11.05 malam.

“Turut ditahan dalam operasi itu seorang lelaki warga tempatan berusia 45 tahun yang merupakan penjaga premis berkenaan.

“Kita turut merampas beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk kegiatan pelacuran termasuk minyak urut. Antara barangan lain yang turut dirampas ialah wang tunai RM2,950, lesen untuk mengaji pekerja bukan pemastautin dan kertas yang mempunyai kod pekerja serta jenis perkhidmatan yang disediakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Karamunsing untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan kerana menjalankan aktiviti pelacuran.

— BERNAMA

PIHAK polis dari cawangan D7 BSJ IPD, Kota Kinabalu buat pemeriksaan serta berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan serta lapan perempuan dari warga asing dalam operasi Ops Noda di sebuah premis urut di KK Taipan Commercial, Jalan Tuaran Inanam, Kota Kinabalu. – Foto ihsan PDRM
PIHAK polis dari cawangan D7 BSJ IPD, Kota Kinabalu buat pemeriksaan serta berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan serta lapan perempuan dari warga asing dalam operasi Ops Noda di sebuah premis urut di KK Taipan Commercial, Jalan Tuaran Inanam, Kota Kinabalu. – Foto ihsan PDRM

Komen


Berita Berkaitan