Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Tahan Lapan Lelaki Dalam Op Bersepadu Malam Ramadan

syabu

TAWAU : Polis menahan lapan lelaki berumur 19 hingga 35 tahun atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu Malam Ramadan di sekitar daerah ini, Rabu lepas

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata kes pertama dilaporkan pada 8.30 malam selepas sepasukan polis melakukan serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Vietnam di sini.

“Seorang lelaki berumur 34 tahun sedang memegang plastik kecil dan semasa hendak ditangkap, suspek bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan sebelum berjaya ditahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fadil berkata pemeriksaan lanjut ke atas suspek menjumpai empat paket kecil plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kira-kira tiga jam kemudian, katanya pasukan polis membuat serbuan terhadap sebuah lagi rumah tidak bernombor di kampung berkenaan dan menahan seorang lelaki berumur 28 tahun, dengan satu set anak panah plastik bersama dua batang besi.

Katanya lelaki itu yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri ditahan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Sementara itu dalam operasi sama, Fadil berkata sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Hilltop diserbu dan polis menahan seorang lelaki berumur 35 tahun yang positif dadah jenis syabu.

Beliau berkata serbuan turut dijalankan di sebuah kawasan perindustrian Jalan Kuhara dan dua lelaki, masing-masing berumur 24 dan 27 tahun ditahan selepas didapati memiliki dan positif mengambil syabu.

Pada masa sama, tiga lelaki berumur 19 hingga 29 tahun ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen selepas gagal menunjukkan dokumen keterangan diri, katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan